Saturday, September 28, 2013

LANGKAWI








LANGKAWI adalah salah satu daripada daerah Kedah Darul Aman.Pulau Langkawi ini sebenarnya ialah satu pulau yang terbesar di Malaysia.Pulau Langkawi ini telah diberi status bebas cukai pada tahun 1987.Pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan lagenda kisah silam telah menampilkan pulau ini sebagai satu tempat yang menarik dan terkenal sebagai tempat pelancongan.

Nama Langkawi ini telah digabungkan dari perkataan "LANG" dan "KAWI".Perkataan "LANG" diambil daripada perkataan bahasa melayu iaitu 'HELANG' di mana satu masa dahulu pulau ini telah dikatakan menjadi tempat tinggal burung helang kawi.Perkataan "KAWI" pula beerti 'MERAH HATI' kerana burung helang yang tinggal di pulau ini mempunyai bulu yang berwarna merah hati dan kepalanya berwarna putih.Kawi juga beerti 'TULISAN KAWI' dimana ia telah digunakan oleh masyarakat Hindu Jawa.Kawi juga merujuk kepada Batu Kawi.

Kawi dalam Bahasa Sanskrit ialah guli yang mana ia ditemui sebagai pertemuan Malaysia.Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan,ia membentuk perkataan "HELANGKAWI" yang kemudiannya menjadi "LANGKAWI".



Gambar di atas ini ialah Dataran Helang.Ia merupakan satu mercu tanda bagi Langkawi & ia juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Langkawi.Patung helang yang tingginya lebih kurang 12 meter ini menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya.Kedudukan patung helang gergasi ini juga bersebelahan dengan jeti Kuah.Bentuknya yang unik & menarik serta kepaknya yang siap sedia untuk terbang ke langit ini membuatkan ianya menjadi satu pemandangan yang indah di mana para pelancong tidak sabar hendak mendarat di pulau ini.









Gambar seperti yang tertera di atas ini ialah gambar Cable Car ataupun Kereta Kabel yang terletak di Langkawi.Kereta kabel ini ialah yang terpanjang di Malaysia dimana panjangnya ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.Kereta kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Chinchang iaitu di sebelah barat laut pulau tersebut.Kereta kabel ini mula dibuka pada 27 FEBRUARI 2005 bagi memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung tersebut yang tingginya lebih kurang 713 meter.Panorama gunung batu kapur pada zaman geologi Cambrian yang lebih kurang 500 juta tahun ini amat menarik.Panjangnya 2.2km & terpanjang di dunia ini mengalahkan kereta kabel yang berada di Switzerland.













Gambar di atas ini ialah di Underwater World,Langkawi dan beberapa jenis haiwan di mana ianya terletak di Padang Mat Sirat.Tempat ini juga selalu dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke Pulau Langkawi ini.Di sini terdapat pelbagai jenis haiwan yang kita tidak diketahui tetapi sesetengah haiwan di sini juga kita telah ketahui seperti ular,penguin dan sebagainya.












Gambar di atas ini pula ialah di Makam Mahsuri yang terletak di kawasan Kota Mahsuri,Mukim Ulu Melaka.Ianya terletak kira-kira 12km dari Kuah.Makam Mahsuri ini juga dipercayai ialah tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi ini.Cerita rakyat menyatakan bahawa Mahsuri dikuburkan di tempat dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas dia di hukum bunuh di Padang Mat Sirat.Sebuah perigi yang di gelar Perigi Mahsuri juga terdapat di situ.Tempat ini juga menarik untuk dijadikan tempat pelancongan.

No comments:

Post a Comment