Perlumbaan di Langkawi(peringkat antarabangsa)
LeTour de Langkawi merupakan idea bekas Perdana Menteri Malaysia
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel. Acara ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1996.
[1][2]Jelajah ini diadakan di
Semenanjung Malaysia. Jelajah ini juga mengunjungi
Sabah dan
Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah 1997.
[3] Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan
kriterium 12 pusingan di
Dataran Merdeka.
Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006.
[4] Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis membuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini tidak dikira dalam keputusan pertandingan.
[5]
Kesulitan kewangan
Pada tahun
2004, pemilik acara ketika itu, Wan Lokman Wan Ibrahim menjual seluruh Tour kepada Simon Donnellan (Imran Abdullah).
[6] Edisi
2005 pula mengalami masalah kewangan apabila sebilangan pelumba tidak menerima wang ganjaran sementara kontraktor utama tidak dapat dibayar.
[7] Donnellan menyatakan bahawa kekurangan dana ini disebabkan oleh peralihan kerajaan dan kehilangan dua penaja akibat
bencana tsunami yang berlaku sebulan sebelum acara.
[8]
Jelajah 2007 nyaris dibatalkan kerana First Cartel berhutang RM10.2 juta akibat kegagalan membayar wang hadiah.
[9] First Cartel memikul tanggungjawab dalam hal ini tetapi bersusah-payah membetulkan keadaan. Acara ini dilaporkan berhutang RM2.3 juta untuk hak penyiaran TV, dan juga RM 470,394 kerana gagal membayar pemenang tahun ini. Apapun, syarikat ini masih mampu membayar sedikit sebanyak ganjarannya. Dilaporkan bahawa kerajaan membantu meringankan hutang untuk membolehkan jelajah ini diteruskan.
[10] Laporan berita juga membayangkan bahawa acara ini sudah menjadi mangsa pergelutan kuasa dalam Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia yang menimbulkan pelbagai tanggapan kurang menyenangkan yang disiarkan oleh media. Kerajaan Malaysia dilaporkan tidak puas hati dengan perbalahan tersebut lalu menyeru agar peleraian dicapai demi masa depan acara ini.
[11] Jelajah ini berjaya diteruskan sebelum tarikh akhir 1 September 2006 yang ditetapkan oleh UCI.
[12]
Senarai pemenang
Pengelasan am
Pengelasan mata
Raja bukit
Pelumba Asia terbaik]
Rujukan
- Jump up↑ Anthony, Tan. "Malaysia readies for Tour de Langkawi", VeloNews, 2008-02-08. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Tan, Anthony. "And that's a wrap", cyclingnews.com, 2006-02-12. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Abt, Samuel. "3 Pro Teams Balk at Logistics in Asian Bike Race", International Herald Tribune, 1997-02-21. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Tan, Anthony. "Bongiorno triumphs in KL; Danielson safely home", cyclingnews.com, 2003-02-09. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Tan, Anthony. "Sprintless finale to first day", cyclingnews.com. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Tan, Anthony. "Loose ends from Langkawi", cyclingnews.com, 2005-11-20. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Stokes, Shane. "Japanese team counts on promise of payment", cyclingnews.com, 2006-02-12. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Sumner, Jason. "Nearly losing Langkawi: A conversation with Simon Donnellan", VeloNews, 2007-02-02. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ "No More LTdL If Government Does Not Take Over", Bernama, 2006-08-22. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ "Youth And Sports Ministry To Help First Cartel Solve LTdL Problems", Bernama, 2006-08-04. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Stokes, Shane. "Government decision due on organisation of Tour de Langkawi", cyclingnews.com, 2006-11-01. Dicapai pada 2008-12-21.
- Jump up↑ Tan, Anthony. "Tour de Langkawi saved - almost", cyclingnews.com, 2006-09-01.
No comments:
Post a Comment